Saturday, October 6, 2012

Malaysian wonderkid di Jepun?

0 comments
 Kita patut malu dengan Jepun yang suatu masa dulu kena kitai je dengan skuad Malaysia. Kini jepun telah menjadi gergasi bola sepak asia, dan turut digeruni di dunia.
Semuanya hasil dari kehebatan pembangunan bola sepak di Jepun.
Mereka melatih kanak dari umur 5,6 tahun, membentuk disiplin dan basic skill pemain bola sepak.



Adik Iman berumur 7 tahun berlatih bersama kelab Antos FC, yang merupakan ditubuhkan selepas mendapat ilham dari Santos FC dari Brazil.
Kelab Antos, dari Wilayah Iwate telah melahirkan ramai pemain muda  jepun berbakat sepanjang 30 tahun yang dahulu.

Pembangunan bola sepak di Jepun sangat mengkagumkan. Mereka didedahkan kepada bola sepak seawal umur 6,7 tahun lagi.
Tanggungjawab mendidik basic skills ini tidak hanya di peringkat sekolah, tapi turut dijalankan bersama oleh puluhan kelab, yang dijalankan secara sukarela oleh ibu bapa, atlit-atlit, dan guru-guru yang prihatin.

Mereka dibahagikan kepada beberapa peringkat umur, dan dilatih sesuai dengan tahap pengetahuan dan perkembangan fizikal mereka.
Perkara paling menarik ialah, betapa berdisiplin anak-anak ini mengikut latihan coach, dan mereka turut diberi peluang untuk mencuba dan 'membuat silap' untuk membina keyakinan mereka.


Ayah Iman yang sedang melanjutkan pelajaran di Jepun, juga seorang yang aktif bermain bola sepak semasa melanjutkan pelajaran di Jepun, dan sering menyertai kejohanan bola sepak di antara pelajar-pelajar Malaysia.
Anak kelahiran negeri Che Sti Wan Kembang, keluarga adik Iman juga merupakan penyokong setia Red Warrior,@ Kelantan FC. Ayahnya berharap Iman dapat menjadi pemain harapan Red Warrior apabila pulang ke Malaysia nanti.


Kami berharap adik Iman dapat menguasai kemahiran dan disiplin sebagai pemain bola dan mengembangkan bakatnya sepanjang di Jepun. 10-15 tahun dari sekarang, adik iman bakal menjadi inspirasi rakyat Malaysia di arena bola sepak, Red Warrior mahupun Harimau Malaya.


Gomo Klate Gomo!!!






Read more...

Labels

 
Morioka Muslim Community- Iwate (MMC) © 2011 DheTemplate.com & Main Blogger. Supported by Makeityourring Diamond Engagement Rings

May Allah bless everyone of us and we get to the Jannatul Firdaus together